Jumaat, 14 September 2012

Soalan-soalan yang berkaitan dengan denggi atau nyamuk aedes

Hai, hari ni kami ingin berkongsi soalan-soalan yang berkaitan dengan deggi atau pun nyamuk aedes.
Soalan ini diambil dari facebook SEJATI dengue patrol.

Antara soalannya ialah :



1) Bilakah waktu kemuncak nyamuk aedes mencari makan?
 Waktu kemuncak nyamuk aedes mencari makan ialah pada awal pagi dan petang.

2) Namakan 2 jenis nyamuk aedes yang menjadi punca utama demam denggi.
Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus.

3) Nyatakan EMPAT tanda klinikal denggi berdarah.
Demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran  darah.

4) Nyatakan DUA jenis pokok yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes.
Dua jenis pokok tersebut ialah pokok keladi dan pokok pisang.

5)Nyatakan 2 cara mengelakkan gigitan nyamuk aedes.
1. Membersihkan longkang-longkang di tempat tinggal.
2. Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga.

6) Berapa lamakah tempoh seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tanda demam denggi         setelah digigit nyamuk yang membawa virus? 
 3 hingga 14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda demam denggi.

7) Bagaimanakah seseorang pesakit itu disahkan menghidap demam denggi?
Demam denggi dapat disahkan apabila mempunyai tanda- tanda seperti demam kuat yang mengejut, bintik merah pada kulit, sakit teruk       pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala, berdarah pada badan, hidung dan mulut, hilang selera makan,muntah-muntah, sakit perut, rasa pahit pada lidah, lemah dan tidak bermaya serta mempunyai ulcer (mata ikan) pada mulut kerana terlalu panas.(tetapi kena buat blood test dulu). Ujian akan dilakukan beberapa kali dan kalau platelet darah turun mendadak hingga bawah 150,000mm3 baru disyaki denggi.

8) Nyatakan kaedah rawatan denggi.
Seseorang pesakit demam denggi perlu dirawat dengan berjumpa doktor dan mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor. Pesakit perlulah banyak berehat sehingga sembuh selain membanyakkan minum air untuk menurunkan suhu badan.

9) Nyatakan cara menghapuskan jentik-jentik selain menabur abate dan membersihkan tempat     takungan air.
Sekiranya terdapat takungan air di rumah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik, tempat       tersebut perlulah diletakkan dengan sedikit minyak atau peliharalah ikan di dalamnya.

10) Virus denggi akan kekal di dalam tubuh seseorang walaupun telah sembuh. Bagaimanakah virus denggi di dalam tubuh seseorang dijangkitkan kepada orang lain?
Tidak semua nyamuk aedes membawa virus denggi walaubagaimanapun sekiranya nyamuk aedes yang tidak membawa virus menggigit seseorang yang pernah kena demam denggi, nyamuk tersebut akan menyimpan virus tersebut di dalam air liurnya dan apabila nyamuk tersebut menggigit orang lain, virus tersebut akan dipindahkan kepada orang tersebut menyebabkan orang tersebut dijangkiti denggi.

11) Apakah cara terbaik mengelak gigitan nyamuk semasa menuggu bas diawal pagi.
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu.(contohnya semasa menuggu bas diawal pagi).Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.

12) Apakah maksud Sindrom Renjatan Denggi?
Sindrom Renjatan Denggi ini adalah penyakit denggi yang lebih merbahaya dari demam denggi berdarah.Keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.Renjatan ini akan menyebabkan denyutan nadi menjadi lemah dan cepat dan tekanan darah rendah.Pesakit yang mengalami renjatan berada dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa.Jangka masa renjatan adalah pendek.Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

13 ) Adakah denggi boleh berulang pada orang yang pernah dijangkiti sebelumnya? Terangkan dengan perkataan anda sendiri sebagaimana yang anda fahami.
Ya, orang yang pernah kena demam denggi boleh kena demam denggi lagi sekali kerana virus denggi ada 4 jenis. Badan manusia tidak imun terhadap keempat-empat virus tersebut. Itu sebab setiap orang yang pernah demam denggi boleh kena demam denggi lagi.

14) Apakah perbezaan aedes aegypti dan aedes albopictus?
Perbezaan pada nyamuk aedes aegypti dan albopictus adalah pada ciri fizikal dan juga tempat pembiakan dan mencari makannya. Kedua-dua nyamuk ini berbelang diseluruh badan tetapi yang membezakan rupanya ialah aegypti ada garis putih di kepala manakala albopictus pula ada garis putih di kepala hingga belakang. Kedua-dua nyamuk ini membiak di dalam takungan air tetapi aegypti adalah nyamuk yang membiak tanpa mengira tempat asalkan takungan air jernih dan bersih berbanding albopictus yang gemar membiak di sekitar rumah manusia.

15) Nyatakan peringkat demam denggi yang anda tahu.
1. Denggi dan demam biasa. 
2. Demam denggi klasik.
3. Demam denggi berdarah. 
4. Sindrom kerenjatan denggi.

16)Sebutkan semua tempat takungan air yang mungkin menjadi tempat pembiakan aedes di dalam dan luar rumah yang anda tahu.
 Dalam rumah

-Talam Peti Sejuk
-Pelapik Rak Pinggan
-Perangkap Semut

-Kolah air
-Pam Tandas
-Mangkuk Tandas Yang Rosak
-Baldi
-Bekas Jambangan

Luar Rumah

-Tong Drum Yang Berisi Air
-Tempayan
-Pasu Bunga
-Alas Pasu Bunga
-Pelbagai Jenis Tin
-Tayar
-Takungan Hidroponik
-Kanvas, Semua Jenis Plastik
-Bekas Minuman Binatang Peliharaan
-Bekas Makanan Polisterin
-Longkang
-Salur Air Hujan (untuk dilakukan oleh orang dewasa sahaja)


17)Sekiranya sebanyak 6 ekor jentik-jentik ditemui di rumah Ahmad, berapakah jumlah denda yang dikenakan kepada Ahmad? 
Sekiranya bukan pegawai penguatkuasa yang menjumpai jentik-jentik tersebut, Ahmad tidak dikenakan denda tetapi jika pegawai penguatkuasa yang membuat pemeriksaan menemui jentik-jentik tesebut, Ahmad boleh dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM500.

18)Sila nyatakan cara mengelakkan pembiakan jentik-jentik dan cara menghapuskan nyamuk aedes dewasa yang anda tahu.
Cara mengelakkan pembiakan jentik-jentik ialah dengan membersihkan tempat pembiakan jentik-jentik dan cara-cara menghapuskan nyamuk aedes dewasa ialah dengan semburan racun serangga dan semburan berkabus.

19)Sila nyatakan cara mengelakkan pembiakan jentik-jentik dan cara menghapuskan nyamuk aedes dewasa selain jawapan di atas.
1. Menghapuskan nyamuk aedes dewas dengan menggunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) secara berkesan perlu dilakukan dan orang ramai harus memberi kerjasama   dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam ruma
h.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. 
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.


20)Berdasarkan pengetahuan anda negeri apakah yang mencatatkan kes denggi tertinggi di Malaysia?
Negeri Selangor dan Wilayah mencatatkan kes denggi tertinggi di Malaysia.

21)Nyamuk aedes jantan atau aedes betina yang menghisap darah manusia dan menyebabkan jangkitan?
Nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.






   

                                                                                              












15 ulasan:

  1. kalau denda tu tak kira ye jentik-jentik tu anak nyamuk aedes ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jentik-jentik aedes sahaja yang kena kompaun. Bukan semua jentik-jentik.

      Padam
  2. Balasan
    1. Jentik-jentik aedes sahaja yang kena kompaun. Bukan semua jentik-jentik.

      Padam
    2. AKTA APPSP 1975 sek 13(1) memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit

      maknanya semua jenis Serangga.semua termasuk Aedes..culex..Mansonia

      tetapi penguatkuasaan dijalankan bagi penyakit yang berkaitan di kawasan tersebut.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Adakah ubat jentik2 mmberi kesan pada ikan di kolam...kerana ada bbrapa jnis ikan yg tdk mkn jntik2... Cth... Ikn haruan

    BalasPadam
    Balasan
    1. secara amnya ubat (yakni racun) jentik2 tidak memberi kesan kepada ikan di kolam, asalkan ianya mengikut sukatan yang disarankan. namum begitu, terdapat risiko kepada anak-anak ikan bergantung kepada daya tahap anak2 ikan tersebut. Apa yang disarankan adalah untuk membela ikan gapi (kalau ada haruan kena makan) atau ikan puyu (haruan amat jarang makan puyu kecuali kebuluran) bagi mengelakkan risiko pembiakan jentik-jentik di dalam kolam.

      ini juga bergantung kepada jenis kolam, memandangkan jentik-jentik hanya membiak di dalam kolam dengan air jernih.

      Padam
  5. pastikan tiada ikan dalam tempat yang ingin diletakkan ubat jentik-jentik

    BalasPadam
  6. Bagaimana kolam mandi yg diletakkan buat jentik jentik? Adakh member I kesan pada kulit manusia?

    BalasPadam
  7. Bagaimana kolam mandi yg diletakkan buat jentik jentik? Adakh member I kesan pada kulit manusia?

    BalasPadam
  8. ya berkemungkinan rambut akn gugur dan kulit akan mengelupas

    BalasPadam